redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Kelantan Darul Naim sedia beri saingan sengit

Najmi Iman
April 17, 2024 11:30 MYT
Kelantan Darul Naim (KDN), ingin membawa semangat penyokong The Red Warriors bersama mengharungi cabaran Liga Super, Mei depan.
KDN di bawah pengurusan baru dilihat sangat komited melakukan rombakan pemain menerusi kehadiran beberapa pemain baru.
Seorang pemain dari Amerika Selatan, David Ribera Viana, yang memiliki kemahiran individu yang tinggi walaupun tidak mempunyai sebarang reputasi yang membanggakan dilihat menjadi sandaran utama pasukan dari pantai timur itu.
Selain itu, pemain kebangsaan Palestin yang beraksi di Piala Asia sebelum ini, Oday Kharoub, bakal menjadi ayam tambatan terbaru buat skuad 'The Golden Deers'.
Perpindahan pemain itu dilihat agak istimewa kerana Oday tetap memilih untuk ke Liga Malaysia berbanding menerima tawaran yang lebih tinggi daripada liga di negara Timur Tengah.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia #Kelantan Darul Naim