redONE Keluar-Masuk Liga M: Selangor kekal tagih khidmat Khuzaimi Piee

Fatin Ruzaiman
February 24, 2024 16:43 MYT
Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan utara tanah air, Penang FC dikhabarkan akan kekal bersama skuad The Red Giants bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Rundingan Penang dengan Selangor untuk pinjam Khuzaimi Piee difahamkan gagal, pertahanan Harimau Malaya itu kekal bersama Red Giants, setakat ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/rZN1vmdqdY

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut hantaran dari aplikasi X milik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, rundingan pihak pengurusan Penang FC difahamkan gagal untuk mendapatkan Khuzaimi Piee secara pinjaman.
Khuzaimi yang sebelum ini, hanya membuat sebanyak 15 penampilan sepanjang berkhidmat bersama Selangor FC sebelum dirampas pemain import, Yazan Al-Arab dan Sharul Nazeem.
#liga super #Liga-M #Selangor FC #Khuzaimi Piee #DemiLigaKita #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia