Kelantan United dikhabarkan berjaya memujuk bintang Palestin yang beraksi dalam Piala Asia 2023, bulan lalu.

Dia antara nadi di bahagian tengah skuad kendalian Makram Daboub itu yang mara ke pusingan 16 sebelum pengembaraan mereka disekat juara menanti merangkap tuan rumah, Qatar.

Dan jika perpindahan ini dimuktamadkan, maka dia akan menjadi calon import pertama dalam kalangan lima pemain yang menjadi taruhan kelan Kijang Hijau itu.





Difahamkan, Malaysia menjadi destinasi pilihannya kerana sokongan kuat yang dizahirkan oleh rakyat negara sini seperti yang didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dalam segmen redONE Keluar-Masuk Liga-M di Nadi Weekend sebentar tadi.