Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan, semakin hangat dikaitkan ke Sri Pahang FC.

Pemain yang bakal mencecah umur 36 tahun itu dikhabarkan akan berkelana ke skuad Pantai Timur itu selepas tidak menyambung kontrak bersama Selangor FC.

Pengurus pasukan Sri Pahang, Dollah Salleh, menerusi Nadi Arena malam tadi berkata seorang pemain berdarah kacukan menjadi idaman kelab itu dan kehadirannya secara tidak langsung akan membentuk bahagian tengah ampuh.




Situasi itu memungkinkan mereka itu mencabar kedudukan tiga terbaik Liga Super musim 2024/25.



Brendan -- yang kembali ke kancah Liga Super menerusi Kelantan FC pada 2014 -- turut diura-urakan akan kembali beraksi di negara kelahirannya, Australia.