Real Madrid tiada gentar ke Stadium Etihad -- Dani Carvajal

Shaiful Shamsudin
May 11, 2023 02:18 MYT
Dani Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu gentar untuk bertandang ke Stadium Etihad bagi perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) minggu depan.
Kedua-dua pasukan sama handal apabila terikat 1-1 dalam pertemuan pertama di Bernabeu semalam.
Vinicius Junior memecah kebuntuan buat juara bertahan itu dengan percubaan dari luar kotak penalti sebelum rembatan leret Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan.
Bek kanan, Carvajal, kemudian berkata: “Mereka mempunyai pemain bertaraf dunia, mereka menggerakkan bola dengan sangat baik, taktikal mereka menjadi -- tetapi saya tidak fikir kami melihat pasukan City lebih hebat daripada Madrid.

Same spot, same result ?#UCL pic.twitter.com/SYxChXH85P

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 10, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami tahu bahawa kami telah beraksi dengan baik dan jika kami melakukan perkara yang betul, andai kami mengambil peluang di Manchester maka kami mempunyai peluang untuk mara.
“Kami akan pergi ke sana tanpa perlu takut.
"Kami perlu pergi ke sana untuk menang, bermain dengan gaya kami dan pasukan mempercayainya.”
#Real Madrid #Dani Carvajal