Ragbi Enam Negara: North buru penampilan ke-100 dengan Wales
Muzaffar Musa
February 26, 2021 12:04 MYT
February 26, 2021 12:04 MYT
George North akan menjadi pemain termuda dalam dunia ragbi mencecah penampilan antarabangsa ke-100 selepas Wales menamakannya dalam barisan utama perlawanan menentang England dalam Kejohanan Ragbi Enam Negara esok.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang melakukan penampilan pertamanya pada November 2010, kembali diturunkan sebagai pemain gantuan ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 25-24 ke atas Scotland pada 13 Februari lalu.
Pemain sayap, Josh Adams, juga akan kembali daripada penggantungan manakala Josh Navidi, Jonathan Davies dan scrum-half, Kieran Hardy, turut berada dalam senarai 15 pemain utama itu.
Wales memenangi dua perlawanan pertama mereka dalam edisi tahun ini dan berkelebihan tiga mata di depan England, yang menewaskan Itali 41-18 dalam perlawanan lalu selepas tewas kepada Scotland dalam aksi pembukaan.
?? ?????: Our team for #WALvENG ⠀ ⠀ ⁍ 100-cap milestone for North ➢ Hardy at nine ➢ Adams and Navidi return⠀ ⠀ ⁍ ?????????? ? ???? ???? ?'? ???????? ?? ? ?????⠀ ⠀ ??????? #HWFN ⑊ #GuinnessSixNations ⠀ pic.twitter.com/Aq53XOKG2e
— Welsh Rugby Union ? (@WelshRugbyUnion) February 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.