Program RTG: Johnathan tidak terkilan tiada dalam senarai

Ammar Hakim
November 1, 2023 11:24 MYT
Susulan pengumuman nama-nama atlet yang disenaraikan ke dalam Program Road to Gold semalam, atlet menembak acara pistol 10 meter, Johnathan Wong Guanjie tidak berkecil hati selepas namanya tidak disenaraikan walaupun sudah layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan.
Dia yang kekal dalam Program Podium berkongsi akan merombak semula pelan persediaan menjelang temasya berprestij itu selain berharap segala persediaan yang dilakukan boleh membuahkan sebarang hasil berbaki lapan bulan menuju Sukan Olimpik Paris.
"Saya tetap untuk kekal fokus dengan prestasi yang konsisten, itu adalah perkara yang paling penting bagi saya," kata Johnathan menerusi Nadi Arena.
"Program RTG ini adalah program jangka masa panjang, bukan sahaja bagi Sukan Olimpik Paris sebaliknya turut bagi kejohanan besar akan datang.
"Saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini sebaliknya fokus kepada latihan bagi menghadapi saingan yang bakal berlangsung tahun hadapan."
#Johnathan Wong #Road to Gold #Program RTG