Prestasi paling terbaik Harimau Muda ketika dibimbing Ong Kim Swee

Saufi Tahir
April 24, 2024 06:30 MYT
Era terbaik skuad muda negara adalah ketika di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee pada edisi 2018 apabila berjaya menjadi naib juara Kumpulan C dalam kempen Piala Asia B-23.
Skuad itu tempang dalam perlawanan pertama bertemu Iraq sebelum menang 1-0 ke atas Arab Saudi dan seri 1-1 ketika berdepan Jordan, walaupun terpaksa akur di peringkat suku akhir apabila tewas 1-2 dalam perlawanan sengit bertemu Korea Selatan.
Dalam pada itu, Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang pada tahun yang sama -- lapan bulan kemudian -- juga merupakan detik cemerlang Harimau Muda melepasi saingan peringkat kumpulan termasuk menundukkan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan dan hampir mengikat Jepun untuk melangkah ke peringkat sukut akhir.
Dengan inisiatif memperbanyakkan perlawanan persahabatan yang bermutu tinggi jelas membuahkan hasil buat skuad itu.

Bila brckap tentang pertandingan & perlawanan, Apakah jumlah perlawanan itu cukup utk pemain muda demi pembangunan dan tingkatkan kualiti mereka utk Malaysia B23? Ini FAM kena fikir bukan syok sendiri buat KPI tanpa lihat relistik dan realiti dlm anjuran pertandingan sendiri pic.twitter.com/yavdJUSP2S

— Hasnizam Uzir 哈士尼占穆 (@hasnizamuzir) April 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir, pula mahu kegagalan ini membuka mata beberapa pihak dengan tujuan tidak mengabaikan aspek pembangunan di peringkat remaja.
"Apakah jumlah perlawanan itu cukup utk pemain muda demi pembangunan dan tingkatkan kualiti mereka utk Malaysia B23," tulisnya di X.
#bola sepak #Ong Kim Swee