Kad merah sekali lagi hadir dalam aksi pra musim Liga Malaysia dalam pertemuan antara Kelantan Darul Naim bertemu Sri Pahang FC sebentar tadi.

Sri Pahang berdepan tugas mencabar dalam pertemuan dengan Kelantan Darul Naim (KDN) yang beraksi di laman sendiri.

Selepas tewas 1-2 di tangan Kuching City tempoh hari, anak buah Fandi Ahmad perlu kembali mencari keserasian dan sentuhan bagi memastikan skuad Tok Gajah terus yakin menuju saingan pembukaan Liga Super 11 Mei ini.

Sementara KDN dengan sentuhan dna Korea Selatan menerusi pengendali baru, Park Jae-hong, mereka tentunya mahu menguji prestasi anak buahnya namun semua itu buntu sehinggalah minit ke-40.

Sri Pahang membuka jaringan menerusi Stefano Brundo namun kegembiraan mereka bersifat sementara apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah.

KDN menggandakan usaha lagi sekali dalam separuh masa kedua sementara Sri Pahang turut berhasil melakukan percubaan namun gagal menterjemahkannya kepada jaringan.

Minit ke-82, KDN dikurniakan sepakan penalti namun sayangnya gagal disempurnakan Valdumar Augusto.