Playoff NBA: Tiga bintang Nets perlu lebih masa bersama, kata Nash

Muzaffar Musa
May 26, 2021 13:43 MYT
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, gembira dengan perkembangan berterusan tiga pemain bintangnya selepas menewaskan Boston Celtics 130-108 dalam perlawanan kedua siri pusingan pertama playoff NBA sebentar tadi.
Nets kini mendahului 2-0 selepas kemenangan selesa 104-93 dalam perlawanan pertama, di mana tiga pemain bintang berkenaan menyumbangkan 82 mata.
Dalam perlawanan hari ini, Kevin Durant menyumbangkan 26 mata, enam rebound, lima bantuan dan empat hadangan.
James Harden juga tidak kurang hebat dengan 20 mata, termasuk empat jaringan tiga mata, di samping lima rebound dan tujuh bantuan.
Kyrie Irving pula merekodkan 15 mata, enam rebound dan enam bantuan.
"Ia memerlukan waktu bersama untuk mereka di atas gelanggang, waktu bersama untuk mereka memahami, untuk bersatu, untuk mencipta persefahaman yang boleh membantu kami dengan lebih banyak," kata Nash selepas perlawanan itu.
"Kami merlukan waktu dan tahap pemikiran untuk dipertingkatkan. Saya selalu katakan, kami bukan pasukan yang mahu bertahan dengan tiga, empat, lima pemain. Kami sedang mencuba untuk menyelesaikannya dari semasa ke semasa.
"Setiap malam amat penting, bukan hanya untuk mata tetapi juga buat perkembangan kami," katanya.

? FINAL ?@KDTrey5 ▪️ 26p ▪️ 8r ▪️ 5a ▪️ 4blk Joey Buckets ▪️ 25p ▪️ 4r ▪️ 3a@JHarden13 ▪️ 20p ▪️ 7a ▪️ 5r@KyrieIrving ▪️ 15p ▪️ 6a ▪️ 6r@blakegriffin23 ▪️ 11p ▪️ 4a ▪️ 3r#NETSLEVEL pic.twitter.com/4pMy5fnJ2u

— Brooklyn Nets (@BrooklynNets) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Boston Celtics #NBA #Brooklyn Nets #Bola Keranjang #Steve Nash
;