Playoff NBA: Nets pasukan istimewa, kata Harden selepas singkir Celtics

Muzaffar Musa
June 2, 2021 13:20 MYT
James Harden berkata Brooklyn Nets merupakan satu "pasukan yang amat-amat istimewa" selepas memastikan kemenangan 4-1 dalam siri pusingan pertama playoff NBA susulan menewaskan Boston Celtics 123-109 hari ini.
Nets layak ke separuh akhir Persidangan Timur dan akan menentang Giannis Antetokounmpo dan the Milwaukee Bucks, yang menewaskan Miami Heat 4-0 dalam siri pusingan pertama itu.
Harden merekodkan 34 mata 'triple-double' pada ketika gandingannya bersama dua lagi bintang Nets, Kevin Durant dan Kyrie Irving -- masing-masing dengan 24 dan 25 mata -- semakin serasi sejak kerap beraksi bersama.
"Kami pasukan istimewa, terutama ketika kami bersama sewaktu bertahan," kata Harden kepada ESPN selepas perlawanan itu.
"Apabila kami dapat melakukan tiga atau empat halangan berturut-turut, kami menjadi pasukan yang amat-amat istimewa. Secara menyerang pula, kami tiada masalah, kami mempunyai kemampuan besar."
Harden juga gembira apabila memiliki banyak peluang untuk beraksi bersama Durant dan Irving selepas terlepas 18 perlawanan pada penghujung musim ini berikutan kecederaan paha.
"Kami berdepan terlalu banyak kesukaran, kecederaan, protokol COVID-19 atau apa sahaja, kami melaluinya dengan kepayahan sepanjang musim ini, jadi saya berasa amat baik untuk beraksi dalam perlawanan bermakna seperti ini.
"Amat jelas anda tidak mahu kalah dalam perlawanan playoff. Ia membuatkan kami berasa bahawa ia masanya untuk kami bersatu.
"Kami melakukan tugas dengan amat baik hari ini. Mereka benar-benar pasukan yang bagus. Mereka kekurangan beberapa pemain tetapi masih berjuang," katanya lagi.

With 34/10/10, James Harden becomes the first player in Nets franchise history to put together a 30-point triple-double in the postseason. pic.twitter.com/fKsYkNPaWW

— NBA History (@NBAHistory) June 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#James Harden #NBA #Brooklyn Nets #Bola Keranjang
;