Playoff NBA: Giannis belum tentu diturunkan Bucks dalam perlawanan keenam
Muzaffar Musa
July 3, 2021 15:40 MYT
July 3, 2021 15:40 MYT
Giannis Antetokounmpo masih belum pasti dapat diturunkan Milwaukee Bucks menjelang penentuan ke Final NBA esok manakala pasukan lawan, Atlanta Hawks, juga masih belum tentu dapat mempertaruhkan pemain bintang, Trae Young.
Bucks kini mendahului 3-2 dalam Final Persidangan Timur selepas menewaskan Hawks 123-112 dalam perlawanan kelima semalam, di mana Antetokounmpo dan Young tidak dapat diturunkan pasukan masing-masing.
Bintang Bucks, Antetokounmpo, kelihatan akan terlepas perlawanan keemam esok selepas mengalami kecederaan lutut kiri ketika pasukannya tewas di laman Hawks dalam perlawanan keempat.
MVP dua kali itu tersalah mendarat dan mencederakan lutut kirinya pada tujuh minit terakhir suku ketiga di Atlanta, di mana dia bersaing merebut bola di depan jaring bersama Lou Williams dan Clint Capela sebelum kelihatan terhincut-hincut meninggalkan gelanggang.
Milwaukee mengesahkan bahawa Antetokounmpo masih belum pasti dapat diturunkan dalam perlawanan esok pada ketika mereka berpeluang menamatkan penantian ke Final NBA sejak musim 1973-74 seandainya memenangi perlawanan keenam itu.
Injury Status Update: Giannis Antetokounmpo is doubtful (hyperextended left knee) for Game 6.
— Milwaukee Bucks (@Bucks) July 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.