Playoff NBA: Bucks hampiri final walaupun tanpa Giannis
Muzaffar Musa
July 2, 2021 13:16 MYT
July 2, 2021 13:16 MYT
Milwaukee Bucks semakin menghampiri Final NBA selepas menewaskan Atalanta Hawks 123-112 dalam perlawanan kelima siri Final Persidangan Timur hari ini.
Milwaukee -- yang memburu kejuaraan pertama sejak 1971 -- turun tanpa bintang utama dan MVP NBA dua kali, Giannis Antetokounmpo, gara-gara kecederaan lutut yang dialami pemain itu kelmarin.
Bagaimanapun, Brook Lopez muncul pemain paling menyerlah dalam pertemuan kali ini dengan merekodkan mata tertinggi sepanjang kariernya (33) untuk pasukan pilihan ketiga, Bucks, kini mendahului 3-2 dalam siri itu dan hanya kekurangan satu kemenangan untuk mengesahkan tempat dalam Final NBA.
Bucks seterusnya akan berpeluang untuk mengesahkan kemaraan lebih awal seandainya memenangi perlawanan keenam menentang Hawks di laman sendiri hujung minggu ini.
The best plays from tonight's Game 5 WIN!! pic.twitter.com/0i4Dp4VltI
— Milwaukee Bucks (@Bucks) July 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.