Play-off NBA: Trail Blazers, Magic buat Lakers, Bucks kempunan
Shaiful Shamsudin
August 19, 2020 13:13 MYT
August 19, 2020 13:13 MYT
Portland Trail Blazers dan Orlando Magic masing-masing mencetuskan dalam play-off NBA apabila menumbangkan Los Angeles Lakers dan Milwaukee Bucks sebentar tadi.
Damian Lillard dan Trail Blazers mencalarkan maruah pasukan pilihan, Lakers, 100-93 dalam pertemuan pertama pusingan awal Persidangan Barat sementara Magic mengejutkan Bucks 122-110 di sebalik kelibat Giannis Antetokounmpo dalam aksi pembukaan Persidangan Timur.
Buat kali kedua dalam sejarah pasca musim NBA, pasukan pilihan kelapan menundukkan pilihan utama dalam pertemuan pertama selepas Magic dan Phoenix Suns melakukan pada 2003 dengan mengalahkan Detroit Pistons dan San Antonio Spurs.
Lillard mengekalkan sentuhan cemerlangnya dengan menyumbang 34 mata untuk mencetuskan inspirasi buat Trail Blazers dalam aksi di Walt Disney World Resort itu, di mana rakan sepasukannya, CJ McCollum (21 mata) dan Carmelo Anthony (11 mata dan 10 rebound), mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Orlando, Florida.
?️ L B J ?️ 11-1 @Lakers run makes it a two-point game on TNT! #NBAPlayoffs #WholeNewGame pic.twitter.com/Du0t5fphuC
— NBA (@NBA) August 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Catatan 'triple-double' menerusi 23 mata, 17 rebound dan 16 bantuan jaringan, bagaimanapun belum memadai buat LeBron James untuk membantu Lakers mengelak daripada tewas (2-12) buat kali kedua dalam suku pertama pusingan awal.
24th career playoff triple-double for No. 23. pic.twitter.com/gwNwpemuWO
— Los Angeles Lakers (@Lakers) August 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Magic pula -- ketandusan kemenangan siri play-off sejak 2010 -- mengetepikan ramalan awal apabila mengalahkan Bucks hasil persembahan unggul Nikola Vucevic.
Vucevic memungut 35 mata dan 14 rebound untuk pencapaian tertingginya dalam play-off untuk Magic mengatasi Bucks, yang memenangi empat perlawanan terdahulu dengan purata kelebihan 17 mata.
31 mata dan 17 rebound yang disumbangkan Pemain Paling Bernilai (MVP) musim ini, Antetokounmpo, belum cukup untuk menjulang Bucks yang mengintai kejuaraan pertama mereka sejak 1971.