PKBM tidak tolak Azizulhasni sertai Sukan Asia 2026
Shaiful Shamsudin
October 16, 2024 19:45 MYT
October 16, 2024 19:45 MYT
Presiden Persatuan Berbasikal Kebangsaan (PKBM), Datuk Amarjit Singh, memberi bayangan kembalinya Datuk Azizulhasni Awang ke pentas Sukan Asia, dua tahun dari sekarang.
Satu perbincangan dengan Pengarah Teknikal Berbasikal Kebangsaan, John Beasley, sudah berlaku dan topik mengenai Azizulhasni antara perkara yang dibincangkan.
Menerusi intipati yang diberi Beasley, Azizulhasni dikatakan bakal menyertai beberapa siri kejohanan bermula tahun depan dan sekiranya atlet kelahiran Terengganu itu berada dalam kondisi yang baik, pelumba itu masih relevan buat kemunculan dalam Kejohanan Trek Asia pada 2027.
Selepas insiden yang berlaku dalam Sukan Plimpik Paris 2024, Azizulhasni masih belum memberi kata putus sama ada akan meneruskan hasrat bersara atau sebaliknya.
"Ada kemungkin Azizlhasni akan menyertai beberapa kejohanan pada tahun depan.
"Kalau ia berjalan lancar, ada kemungkinan dia akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2026.
"Ia belum muktamad dan kami perlu membincangkannya tapi memang ada kemungkinan Azizulhasni kembali ke trek," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.