Piala Tun Ali: Johor langkah kanan, mudah atasi Kedah
Ammar Hakim
December 2, 2024 19:20 MYT
December 2, 2024 19:20 MYT
Johor memperoleh langkah kanan apabila mencatakan kemenangan ke atas Kedah dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali.
Johor yang menurunkan gandingan Farhan Adam, import, Rattadech Noijareon serta Khairol Zaman tiada masalah untuk mendominasi 7-3 pada set pertama dengan Kedah yang diwakili kapten, Zaim Razali, Yus Hanif dan Leosak Kuram.
Walaupun Kedah cuba memberikan tentangan, tetapi masih gagal untuk menyaingi Johor untuk set pertama milik mereka menerusi kemenangan 15-11.
Set kedua masih sama situasinya, servis Rattadech serta rejaman Khairol Zaman terus memberikan kesukaran untuk kedah sekaligus menang 15-8.
Negeri Sembilan yang menurunkan barisan pemain yang sama ketika menjuarai STL Champions Cup iaitu Haziq Nizam, Zuleffendi Sumari dan Hafizul Hayazi tiada masalah menewaskan Sabah.
Bertemu gandingan Sarip Shahari, Siwatbancha Seekha dan Haziq Norali, Negeri Sembilan mudah mendahului sehingga 7-4 dan berterusan memimpin perlawanan hingga menang 15-9.
Situasinya masih sama pada set kedua, Sabah jelas bukan tandingan Negeri Sembilan apabila sekali lagi tewas dengan keputusan sama.