Piala Tun Ali: Johor bolot kemenangan dalam dua acara
Najmi Iman
December 3, 2024 23:56 MYT
December 3, 2024 23:56 MYT
Johor mempamerkan kebangkitan sensasi dalam acara beregu untuk menewaskan Pahang dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit sebentar tadi.
Pahang terlebih dahulu mendahului set pertama 15-13 tetapi momentum Johor tidak mudah dipatahkan apabila menampilkan semangat juang tinggi untuk memenangi baki perlawanan di set kedua dan ketiga.
Dalam masa sama, Johor turut mengutip kemenangan berharga dalam acara regu dengan menumpaskan PDRM dengan 2-1.
Sementara itu, Pulau Pinang yang dibarisi Imran Fazili, Rusdi dan Danial Iman mudah menundukkan tuan rumah, Melaka dengan keputusan 2-0.
Perak merekodkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan D dengan KPM-MSSM menjadi mangsa terbaru.