Piala Thomas/Uber: Filem Best of the Best jadi inspirasi skuad negara

Muzaffar Musa
April 18, 2024 11:34 MYT
Filem Hollywood, Best of the Best, menjadi inspirasi buat skuad badminton negara menjelang Kejohanan Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China bermula hujung bulan ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, barisan pemain negara difahamkan diberikan peluang untuk menonton dan menghayati filem itu dalam malam tayangan kem latihan pusat kebangsaan.
Filem itu, yang diterbitkan pada tahun 1989, mengisahkan tentang perjuangan lima atlet tempur yang diletakan dalam satu pasukan demi membawa nama negara mereka untuk berdepan kuasa besar lain.
Pelbagai rintangan dan tragedi berlaku dalam perjalanan mereka sebelum meraih kejayaan.

• Piala Thomas & Uber. Filem BEST OF THE BEST jadi inspirasi buat skuad negara. Difahamkan pemain negara diberikan peluang menonton & menghayati filem ini dalam malam tayangan kem pusat kebangsaan. @ASTROARENA pic.twitter.com/cbsVyO9Ve7

— Syifa Nasir (@syfansr) April 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Piala Thomas #Piala Uber