MALAYSIA 2 DENMARK 3
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan yang sudah menjamin tiket ke pusingan kalah mati di Chengdu, China, itu bagaimanapun saling memberi tentangan bagi memastikan setiap mata cukup berharga.
Apa pun, jaguh dari Eropah itu terlebih dahulu membuka langkah positif menerusi kemenangan Viktor Axelsen ke atas Lee Zii Jia dalam pertarungan straight set 21-16, 24-22.
Kehampaan itu kemudian ditebus beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang terpaksa bangkit menerusi aksi tiga set untuk kemenangan 17-21, 21-17, 21-16.
Begitupun, Denmark yang diumumkan sebagai penganjur edisi 2026 kembali mendahului 2-1 dengan kehandalan Anders Antonsen yang mudah mengatasi Leong Jun Hao 21-14, 21-10.
Malaysia kembali menyalakan harapan untuk mendominasi peringkat kumpulan selepas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengerahkan keringat untuk menundukkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 22-20 dalam tempoh 50 minit.
Di kedudukan 2-2, tumpuan beralih kepada pemain muda negara, Justin Hoh, yang menggalas tanggungjawab mencapai mata kemenangan.
Jelas Rasmus Gemke menepati ramalan untuk menguasai pertemuan dua darjat itu -- jurang 200 anak tangga di ranking dunia -- dengan menguasai set pertama 21-13.
Justin yang bagaikan mendapat semangat baru untuk menawan set kedua 21-19 tapi momentum itu gagal diteruskan dalam set penentuan 13-21.
Shaiful Shamsudin
Tue Apr 30 2024
Masters Malaysia: Lee Zii Jia janji kekal momentum cemerlang depan penyokong tempatan
Lee Zii Jia berjanji meneruskan momentum cemerlangnya dalam Terbuka Thailand ke Masters Malaysia minggu ini.
Masters Malaysia: Jawab soalan untuk menang dua tiket
Pada tahun bilakah beregu lelaki negara menjuarai Terbuka Masters Malaysia dan siapakah pasangan tersebut?
Masters Malaysia: Live strim sesi latihan pemain negara
Lee Zii Jia mahu teruskan prestasi cemerlang di Malaysia Masters
Sudah agak lama sejak pemain tempatan tidak memenangi gelaran Malaysia Masters dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia berharap untuk mengubahnya minggu ini.
Terbuka Slovenia: Kebangkitan Justin Hoh bawa kepada kejuaraan
Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, kembali mencetak nama sebagai juara selepas berehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Terbuka Thailand: Lee Zii Jia tamat kemarau kejuaraan atasi Angus Ng
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Thailand dengan menewaskan jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam perlawanan akhir di Bangkok sebentar tadi.
Terbuka Thailand final kedua Lee Zii Jia dalam tempoh tiga tahun
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, berjaya melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Thailand BWF yang merupakan final keduanya dalam tempoh tiga tahun dengan kali terakhir dalam Kejohanan Terbuka Finland, tahun lalu.
Terbuka Thailand BWF: Lee Zii Jia bangkit ke final
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, bangkit dariapda ketinggalan satu set untuk mengatasi jaguh Taiwan, Chou Tien Chen, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Astro Kem Badminton: Sambutan meriah di Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan Astro Kem Badminton minggu ini sebagai usaha mencari bakat baru badminton negara.
Terbuka Thailand BWF: Arif-Roi King terpaksa akur kehebatan pilihan utama dari India
Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roi King, terpaksa akur dengan kehebatan gandingan pilihan utama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sekali gus tewas mudah dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Sargent earns recall as Pulisc, Balogun and Adams headline USA's preliminary Copa America squad
USA name preliminary Copa squad
Bologna 3-3 Juventus: Bianconeri hit back in Motta's job interview
Report: Bologna 3-3 Juventus
Liverpool offer 'difficult to ignore', says Klopp's replacement Slot
Slot: Liverpool hard to ignore
Murray fumes at umpire amid severe weather at Geneva Open
Murray set for Geneva defeat
NBA All-Rookie team headlined by Wembanyama, Holmgren
Wembanyama heads NBA rookie team
Atalanta v Bayer Leverkusen: Will Alonso's Invincibles complete second leg of treble?
Atalanta v Bayer Leverkusen preview
Hojlund form gives Man Utd 'luxury problem' for FA Cup final, says Ten Hag
Ten Hag facing 'luxury problem'
Archer brings 'fear factor' to England's T20 World Cup squad, says Curran
Archer return brings 'fear factor'
Liverpool confirm Slot as Klopp's replacement
Slot arrival confirmed by Liverpool
Onana admits he is willing to take Man Utd criticism 'bullets'
Manchester United registered their lowest-ever Premier League finish in eighth on Sunday after a poor second season under Erik ten Hag.