Piala Sultan Johor: Skuad muda negara tewas tipis kepada Great Britain
Muzaffar Musa
October 24, 2024 10:12 MYT
October 24, 2024 10:12 MYT
Skuad muda hoki negara sekali lagi berdepan kekalahan dalam saingan Piala Sultan Johor 2024 apabila tewas tipis 1-2 kepada Great britain di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.
Malaysia tewas kesemua tiga perlawanan pertama edisi ini dan usaha untuk mengubah nasib dalam pertemuan malam tadi juga tidak berhasil.
Kaden Draysey terlebih dahulu meletakkan Great Britain di depan pada minit ke-15 tetapi skuad negara kemudian memberikan respons segera berselang dua minit menerusi jaringan Che Nur Aqilrullah.
Bagaimanapun, kealpaan barisan pertahanan negara mengundang padah apabila Monty Neave menjaringkan gol kemenangan Great Britain pada minit ke-53.
kekalahan itu menyaksikan Malaysia kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata dan akan menamatkan pusingan round-robin dengan menentang Australia malam esok sebelum ke pusingan klasifikasi.