Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut, Shah Firdaus terkandas

Muzaffar Musa
February 4, 2024 02:21 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Daruk Azizulhasni Awang, mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.
Sehari selepas memenangi pingat emas acara keirin, Azizulhasni membuktikan masih ada tenaga untuk dipertaruhkannya dengan mencatatkan masa 9.656 saat dalam pusingan awal itu.
Ia menyaksikan Azizulhasni akan bertemu jaguh Colombia, Cristian Ortega, bagi penentuan ke suku akhir sebentar nanti.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, gagal melepasi pusingan kelayakan selepas sekadar menduduki tangga ke-32 daripada 37 pelumba.
#Azizulhasni Awang #Berbasikal #Shah Firdaus Sahrom #Piala Negara-Negara UCI