Piala Malaysia: Persiapan singkat jejaskan persiapan KL City bertemu JDT
Najmi Iman
December 20, 2024 18:09 MYT
December 20, 2024 18:09 MYT
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, gusar persembahan anak buah berdepan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, esok.
Selain daripada waktu persiapan yang kurang mencukupi, Miroslav turut kehilangan beberapa pemain ekoran kecederaan dan tugasan bersama skuad negara.
"Persiapan sangat singkat. Kami hanya mempunyai dua hari latihan sahaja termasuk sesi pemulihan selepas pertemuan menentang Negeri Sembilan.
"Kami tidak bernasib baik tatkala ramai pemain terpaksa diketepikan. Ada yang cedera dan ada yang perlu mewakili skuad kebangsaan.
"Saya perlu menggunakan kekuatan sampingan daripada pemain bawah 23 tahun (B-23).
"Saya tidak mempunyai pelbagai pilihan berdepan JDT. Ia tidak mudah.
"Kami tetap berjuang habis-habisan meskipun kurang kelebihan gol.
Sementara itu, ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mengenai kebarangkalian Paulo Josue, Haqimi Azim Rosli dan Declan Lambert bakal kembali memperkuat skuad The City Boys itu, dia menjawab:
"Tidak mungkin mereka mampu bermain untuk KL City lebih-lebih lagi jika mereka bertahan sehingga 90 minit. Aksi malam ini akan tamat dalam pukul 11 malam dan pertemuan esok pada pukul 5.30 petang.