Piala FA: Terengganu cemerlang ke separuh akhir singkir Sabah

Muzaffar Musa
July 6, 2024 21:09 MYT
SABAH 0 TERENGGANU 3
(Terengganu ke separuh akhir dengan agregat 7-0)
Terengganu cemerlang ke separuh akhir Piala FA apabila menewaskan Sabah 3-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas sebentar tadi.
Berbekalkan kelebihan agregat 4-0 daripada perlawanan pertama di Kuala Terengganu, tiada sebarang petanda skuad Peteh itu akan mengendurkan asakan dalam pertemuan kali ini.
Ketua pasukan, Safawi Rasid, membuka jaringan buat Sang Penyu seawal minit ke-10 sebelum seorang lagi pemain sayap, Akhyar Rashid, menggandakan kelebihan itu menerusi larian pantasnya dari sebelah kanan suntuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-42.
Marin Pilj kemudian menambah satu lagi gol buat Terengganu menerusi sepakan percuma lencongnya pada minit ke-87.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner berkenaan layak ke separuh akhir dengan agregat 7-0 dan akan menantikan pemenang di antara Selangor dan Kuching City bagi penentuan ke final.
#bola sepak #Piala FA #Terengganu FC #Sabah FC