Piala FA: Selangor ke separuh akhir dalam aksi penuh drama

Saufi Tahir
July 6, 2024 00:20 MYT
Selangor mara ke pusingan separuh akhir selepas memenangi perlawanan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Perlawanan suku akhir kedua menyaksikan perlawanan terikat 3-2 dengan agregat 4-4 sekaligus membawa cabaran Selangor dan Kuching City ke penentuan sepakan penalti dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi
Selangor kembali mengimbangi perlawanan dalam separuh masa pertama setelah memadam kelebihan Kuching City sebelum ini untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Alvin Fortes dan Ahmad Zikri Khalili, manakala jaringan pertama Kuching City dijaringkan oleh Nur Shamie Iszuan.
Begitupun, perlawanan terhenti seketika pada minit ke-80 sekitar 15 minit susulan masalah lampu limpah terpadam.

? Action shots from the second half of the #SFCKUC match. Extra-time of the #PialaFA2024 Quarterfinal second leg is currently being played. #SFC #MKLK #SFCKUC#MerahKuning #LambangKebanggaan#JusticeForFaisalHalim pic.twitter.com/fEG6npvhoe

— Selangor FC (@selangorfc) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menuju minit akhir perlawanan, kad merah dilayangkan kepada tonggak tengah Selangor, Yohandry Orozco, selepas insiden pergaduhan dan tindakan susulannya yang menyiku Diego Baggio Test.
Begitupun, jaringan pada minit akhir Alvin Fortes mengembalikan peluang Selangor ke separuh akhir sebelum beberapa minit berselang bola tampanan tidak kemas Sam Somerville memastikan Kuching City mengheret Selangor ke masa tambahan.
Malang terus menimpa kem merah kuning selepas pemain gantian Reziq Bani Hani dilayangkan kad merah selepas mengangkat kaki tinggi mengenai pemain Kuching untuk memaksa Selangor bermain dengan sembilan pemain.

Selangor FC menewaskan Kuching City FC 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FA! ?#PialaFA2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/ItJlTxviWv

— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kendalian Aidil Sharin tidak berjaya mengambil kesempatan terhadap Selangor yang bermain dengan kekurangan dua pemain dalam masa tambahan untuk membawa aksi suku akhir ke penentuan sepakan penalti.
Selangor berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas sepakan Filemon Anyie Standly tidak berjaya menyempurnakan jaringan dalam penentuan sepakan penalti.
Terengganu bakal menjadi cabaran anak buah Nidzam Jamil dalam saingan separuh akhir Piala FA nanti.

FH checked in MBPJ Stad@ASTROARENA pic.twitter.com/cGSJiOPfkw

— FinaNasrom (@fnasrom) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut mencuri perhatian adalah kehadiran Faisal Halim di MBPJ bagi memberikan sokongan dan meraikan kemenangan buat rakan sepasukan beraksi di atas padang dan berjaya melangkah ke separuh akhir.
#bola sepak #Selangor #FA #Piala #Kuching City