Piala FA: Foden, De Bruyne bawa Manchester City ke suku akhir

Muzaffar Musa
March 1, 2023 00:33 MYT
BRISTOL CITY 0 MANCHESTER CITY 3
Gol berganda Phil Foden dan satu jaringan gemilang daripada Kevin De Bruyne memastikan Manchester City mengatasi pasukan dari Liga Kejuaraan, Bristol City, 3-0 dalam perlawanan di Ashton Gate awal pagi tadi, sekali gus mara ke suku akhir Piala FA.
Selepas Foden menyumbat masuk lintangan Riyad Mahrez buat pelawat seawal minit ketujuh, The Robins hampir memperoleh gol penyamaan tetapi tandukan Sam Bell dalam babak kedua sedikit tersasar.
Bagaimanapun, harapan Bristol City untuk melakar kejutan dalam pertemuan itu kian malap pada minit ke-74 apabila percubaan Foden yang terbias menemui penjuru bawah gawang mereka.
Dan harapan itu musnah pada minit ke-81 sebaik De Bruyne melakukan percubaan jarak jauh gemilang yang terus menggegarkan jaring Bristol City.
Dengan keputusan itu, pasukan bimbingan Pep Guardiola berkenaan meneruskan rentetan 11 kemenangan di gelanggang lawan dalam saingan Piala FA untuk meneruskan pemburuan trofi ketujuh mereka dalam kejohanan itu.

WHAT A STRIKE! ? ? 0-3 ? #ManCity pic.twitter.com/xdVQnh7jvC

— Manchester City (@ManCity) February 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester City #Kevin De Bruyne #Bristol City #Phil Foden #Piala FA Inggeris