Piala Dunia Wanita: Filipina kejutkan New Zealand, Switzerland ikat Norway

Muzaffar Musa
July 26, 2023 04:36 MYT
Pendatang baru, Filipina, mencipta kejutan dalam Piala Dunia Wanita 2023, apabila menewaskan pasukan tuan rumah, New Zealand, 2-1 dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di Wellington semalam.
Gol tunggal Sarina Bolden dalam separuh masa pertama memastikan Filipina mencipta sejarah meraih kemenangan pertama di peringkat Piala Dunia.
Bolden menanduk masuk bola ke gawang pasukan tuan rumah itu pada minit ke-24, sekali gus menafinkan kemenangan kedua New Zealand selepas menewaskan Norway 1-0 dalam aksi pembukaan pada Khamis lalu.

What a moment for @sarina_bolden as she scores @PilipinasWNFT's first goal at a #FIFAWWC!! ??? pic.twitter.com/ojaS00Zse2

— FIFA Women's World Cup (@FIFAWWC) July 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Norway, dalam pada itu, terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama edisi ini selepas terikat tanpa jaringan dengan Switzerland dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.
Aksi Kumpulan H pula menyaksikan Colombia meraih kemenangan pertama dengan mengatasi Korea Selatan 2-0.
#bola sepak #New Zealand #Colombia #Norway #Switzerland #Filipina #bola sepak wanita #Korea Selatan #Piala Dunia Wanita