Piala Dunia Terjun: Jun Hoong kesuntukan masa persiap diri

Muzaffar Musa
February 2, 2021 23:32 MYT
Bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong, antara penerjun negara yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia Terjun Fina 2021 di Jepun pada 18 hingga 23 April depan.
Bagaimanapun, atlet kelahiran Perak itu gusar apabila kesuntukn masa untuk mempersiapkan diri memandangkan dia baru sahaja menamatkan tempoh kuarantin dan terpaksa memulakan semula latihannya dari awal.
"Saya perlu bermula semula kerana saya baru habis kuarantin jadi perlu bermula dari kosong semula," katanya kepada Nadi Arena.
"Harap-harap segalanya dapat berjalan dengan lancar. Saya rasa masa agak suntuk tetapi saya perlu mencuba yang terbaik untuk mendapatkan semula prestasi.
"Sekurang-kurangnya saya dapat menghabiskan kesemua rutin.
"Keutamaan saya adalah untuk mengelakkan kecederaan kerana jika sudah cedera, sukar untuk meneruskan persiapan.
"Selepas itu barulah mengenai latihan," katanya.
#Cheong Jun Hoong #Terjun #Piala Dunia Terjun Fina
;