Piala Dunia T20: Sri Lanka mudah atasi Namibia

Muzaffar Musa
October 19, 2021 11:36 MYT
Sri Lanka mudah mengatasi Namibia dengan tujuh wicket dalam perlawanan pertama Piala Dunia Kriket T20di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi.
Namibia hanya dapat melakukan 96 larian sebaik melakukan pukulan pertama dan Sri Lanka tidak berdepan masalah untuk mengatasinya seawal over ke-14.
Maheesh Theekshana memainkan peranan utama buat Sri Lanka dengan menyingkirkan Stephan Baard menerusi lontaran pertamanya sebelum turut melakukannya ke atas Zane Green dan Jan Frylinck untuk menamatkan saingan dengan 3-25.
Craig Williams (29) merupakan satu-satunya pemain Nambia yang dapat melepasi angka 20.
Inning Sri Lanka, bagaimanapun, tidak bermula baik apabila mereka hanya mencatatkan 26-3 selepas bola petama pada over keenam tetapi Avishka Fernando (30 not out) dan Bhanuka Rajapaksa (42 not out) memberikan impak yang stabil untuk mereka mencatatkan 100-3.

Sri Lanka got off to the perfect start ?#RoaringForGlory #ApeKollo pic.twitter.com/XI2NYIc1Ja

— Sri Lanka Cricket ?? (@OfficialSLC) October 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sri Lanka #Kriket #Namibia #Piala Dunia Kriket T20
;