Piala Dunia T20: Scotland kejutkan Bangladesh

Muzaffar Musa
October 18, 2021 13:11 MYT
Chris Greaves mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu Scotland mengejutkan dan mencalarkan peluang Bangladesh untuk layak ke Piala Dunia Kriket T20 Super 12 menerusi kemenangan di Muscat, Oman awal pagi tadi.
Kemenangan Scotland itu pada awalnya kelihatan amat sukar untuk berlaku apabila mereka ketinggalan 6-53 ketika mengambil pukulan.
Bagaimanapun, Greaves melakukan 28-ball 45 untuk membantu Scotland membina Inning dan mereka mencecah 140-9, dalam satu inning yang menyaksikan Shakib Al Hasan menjadi pengambil wicket tertinggi T20 Antarabangsa dengan merekodkan 108 selepas terlepas dua kali.
Dan Greaves memainkan peranan sama ketika bertindak sebagai pelontar, di mana 21-9 yang direkodkannya merangkumi dua wicket ke atas Shakib dan Mushfiqur Rahim.
Greaves mematahkan wiket ketiga larian 47 dua pemain itu dengan menyeluarkan Shakib pada larian 20 dan kemudian memanfaatkan kesilapan Mushfiqur pada larian 38.
Selepas itu, Brad Wheal (3-24) mengambil alih peranan utama dengan menyingkirkan Nural Haasan (2) dan kapten Bangladesh, Mahmudallah (23).
Bangladesh ketinggalan 24 mata pada pusingan terakhir dan ia jelas terlalu mencabar buat mereka, sekaligus membenarkan kemenangan Scotland dengan enam larian.
#Bangladesh #Scotland #Kriket #Piala Dunia T20
;