Piala Dunia Remaja 2025: Young Tigress hilang enam tonggak utama
Saufi Tahir
December 17, 2024 19:14 MYT
December 17, 2024 19:14 MYT
Barisan kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia berada dalam dilema selepas terpaksa melepaskan enam tonggak utama remaja wanita untuk tidak bertanding di Kejohanan Piala Dunia Remaja 2025 di Chile atas dasar melebihi had umur yang ditetapkan.
Meskipun berjaya melakar rekod layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah hoki remaja negara, namun kenyataan pahit itu terpaksa ditelan dan jelas akan memaksa penstrukturan semula dilakukan dalam skuad remaja kebangsaan.
"Kami akan membuat permohonan serta sedia satu bajet untuk ke luar negeri khsususnya Eropah kerana di Kejohanan Piala Dunia Remaja banyak pasukan dari Eropah.
"Jadi kamu merancang untuk mendapatkan sebanyak mungkin perlawanan persahabatan bersama mereka," kata Pengurus pasukan hoki remaja wanita, Datuk Sayuti Abdul Samat.
Sementara itu, penerima anugerah Penjaga Gol Remaja Terbaik Asia 2024, Nur Hazlinda Zainal Abidin, terlepas slot untuk bertanding itu tidak menjadi kekecewaan buat dirinya.
Namun, Hazlinda lebih memilih untuk meneruskan fokus dalam memperbaiki prestasi bergelar skuad senior bermula tahun hadapan.
"Sasaran saya adalah untuk memperkukuhkan nama saya dalam skuad senior dan jika ada rezeki di peringkat Asia." tambahnya.