Kelmarin, pasukan kendalian Steve Borthwick itu membuka kempen Piala Dunia Ragbi dengan kemenangan 27-10 walaupun terpaksa beraksi 77 minit dengan 14 pemain selepas Tom Curry dilayangkan kad merah gara-gara terjahan berbahaya.
Ia adalah detik terbaik England sejak Borthwick mengambil alih dan ia tiba tepat pada masanya kerana sebelum pertemuan di Velodrom Stade itu, timbul kebimbangan terhadap pertahanan yang telah dibolosi 30 try dalam sembilan Test.
Kekalahan kepada Fiji di Twickenham dua minggu lalu menyaksikan pasukan berkenaan melalui detik terendah dan Steward mengakui selepas itu pemain berhak 'menerima pengajaran' daripada jurulatih pertahanan, Sinfield.
“Kami patut kembali dibangkitkan selepas perlawanan itu. Tiada rungutan mengenainya kerana ia memang perlu berlaku,” kata pertahanan Leicester tersebut.

“Kami sudah menelitinya dan ini kami perlukan. Kami menikmati hasilnya ketika menentang Argentina. Kami perlu bertindak untuk ia berlaku.
“Itulah yang menjadikan Kev seorang jurulatih pertahanan yang baik --dia sangat memberi inspirasi. Dia memotivasikan kami dan dia adalah jenis orang yang anda tidak mahu kecewakan."