Piala Dunia Ragbi: New Zealand kian hampir ke suku akhir selepas tumbangkan Itali
Muzaffar Musa
September 30, 2023 10:11 MYT
September 30, 2023 10:11 MYT
New Zealand menyemarakkan kempen mereka dalam Piala Dunia Ragbi dengan membenam Itali dengan 14 try awal pagi tadi.
Kekalahan kepada Perancis meletakkan All Blacks berisiko utuk gagal ke suku akhir tetapi mereka kelihatan menafikan perkara itu apabila menewaskan Itali 96-17 dalam aksi Kumpulan A di Lyon.
Aaron Smith melakukan tiga try dalam babak pertama manakala Sam Whitelock pula masuk daripada bangku simpanan dalam babak kedua untuk memintas Richi McCaw selaku pemain paling banyak mewakili All Black dengan 149 penampilan.
Itali akan menyingkirkan New Zealand jika mereka dapat memenangi perlawanan itu tetapi perkara berkenaan kelihatan tidak akan berlaku sejak dari awal, di mana mereka kemudian bergelut sehingga ketinggalan 3-49 menuju ke separuh masa.
New Zealand seterusnya akan berdepan Uruguay dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Jumaat depan manakala Itali pula berdepan misi sukar menentang Perancis sehari kemudian.