Piala Dunia Ragbi: Jack Conan mungkin kembali perkuat Ireland hadapi Scotland
Muzaffar Musa
September 29, 2023 12:31 MYT
September 29, 2023 12:31 MYT
Pemain nombor lapan Ireland, Jack Conan, berada dalam keadaan baik dan bersiap sedia untuk kembali beraksi menjelang perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia Ragbi selepas dua bulan berehat gara-gara kecederaan.
Pasukan bimbingan Andy Farrel itu kembali menjalani latihan selepas berehat beberapa hari selepas mencatatkan kemenangan 13-8 ke atas juara bertahan Piala Dunia, Afrika Selatan, hujung minggu lalu.
Kesemua 33 orang ahli pasukan mereka menyertai sesi latihan di Tours itu, termasuk pemain barisan belakang, Conan, yang mengalami kecederaan kaki sewaktu sesi memanaskan badan ketika menewaskan Itali pada 5 Ogos lalu, selain Stuart McCloskey, yang kembali ke pangkuan skuad berkenaan selepas menyambut kelahiran cahaya mata keduanya.
"Jack memang pemain yang amat penting dalam skuad kami," kata Easterby.
"Dia pemain yang amat baik dalam pasukan kami. Pada satu tahap, dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia berusaha keras dengan pakar perubatan, pakar fisioterapi dan pakar nutrisi, jadi saya fikir dia sudah melakukan semuanya untuk kembali ke posisinya.
"Tetapi saya juga fikir kami bernasib baik apabila tiada kecederaan lain di posisinya dan kami tidak perlu memanggilnya. Beberapa perkara lain juga memihaknya untuk membenarkan Jack sembuh sepenuhnya," katanya.