Piala Dunia Qatar: Suarez, Cavani hadirkan pengalaman buat skuad Uruguay

Ammar Hakim
November 11, 2022 13:13 MYT
Penyerang veteran, Luis Suarez dan Edinson Cavani terpilih untuk beraksi di Piala Dunia buat kali keempat bertur-turut, menjadi tajuk utama ketika penamaan skuad Uruguay semalam.
Cavani, yang dianggap dalam keraguan ekoran berdepan masalah buku lalu, di mana dia hanya beraksi selama 90 minit sekali musim ini dalam aksi LaLiga bersama Valencia.
Berikutan persembahan 90 minit itu, dia dikeluarkan selepas beraksi selama 18 minit dalam perlawanan berikutnya berdepan Barcelona, dan masih lagi tidak beraksi.
Suarez telah beraksi dalam aksi persahabatan September lalu, menghasilkan bantuan jaringan ketika melakar kemenangan 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Kanada bagi memberitahu dia masih lagi berada di tahap terbaik, walaupun sekadar beraksi bersama Nacional dalam saingna Divisyen Satu Uruguay.
Di sebalik gandingan penyerang itu bakal menghadirkan pengalaman, skuad Uruguay juga mempunyai gabungan kuat bakat baru meningkat naik, diketuai oleh bintang Real Madrid berusia 24 tahun, Federico Valverde.
Cavani dan Valverde memimpin kumpulan pemain yang hadir daripada LaLiga, di mana turut menyenarai pertahanan tengah seperti Ronald Araujo dari Barcelona dan Jose Gimenez (Atletico Madrid).
Tiga wakil pemain Liga Perdana Inggeris, Darwin Nunez (Liverpool), Rodrigo Bentancur (Tottenham) dan Facundo Pellistri (Manchester United), sementara Mathias Olivera, Matias Vina dan Matias Vecino menwakili Serie A.
Uruguay memulakan kempen 24 November bertemu Korea Selatan, sebelum berdepan Portugal pada 28 November dan mengakhiri saingan Kumpuna H bertemu Ghana pada 2 Disember.
Skuad penuh Uruguay: Fernando Muslera (Galatasaray), Sergio Rochet (Nacional), Sebastián Sosa (Independiente); Ronald Araujo (Barcelona), Martín Caceres (LA Galaxy), Sebastian Coates (Sporting CP), Jose Gimenez (Atletico Madrid), Diego Godín (Velez Sarsfield), Mathias Olivera (Napoli), Jose Luis Rodriguez (Nacional), Guillermo Varela (Flamengo), Matias Vina (Roma); Giorgian de Arrascaeta (Flamengo), Rodrigo Bentancur (Tottenham), Nicolas de la Cruz (River Plate), Lucas Torreira (Galatasaray), Manuel Ugarte (Sporting CP), Federico Valverde (Real Madrid), Matías Vecino (Lazio); Agustín Cannobio (Athletico Paranaense), Edinson Cavani (Valencia), Maxi Gomez (Trabzonspor), Darwin Nunez (Liverpool), Facundo Pellistri (Manchester United), Luis Suarez (Nacional), Facundo Torres (Orlando City).

? ?? ?????Los 26 seleccionados para defender a Uruguay en la Copa del Mundo. ?? @FIFAWorldCup #ElEquipoQueNosUne pic.twitter.com/BS8EqdRr1n

— Selección Uruguaya (@Uruguay) November 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Luis Suarez #Uruguay #Piala Dunia #Edinson Cavani #Piala Dunia Qatar
;