Piala Dunia Qatar: Igauan sepakan penalti bakal hantui Kane

Shaiful Shamsudin
December 10, 2022 22:03 MYT
ENGLAND 1 PERANCIS 2
Harry Kane bertanggungjawab atas penyingkiran England daripada Piala Dunia selepas sepakan penaltinya melewati palang dalam kekalahan 1-2 skuad The Three Lions kepada Perancis sambil mengatakan bahawa dia perlu menjalani kehidupan dengan kesilapan itu.
England bersaing sengit dengan Perancis dalam pertemuan suku akhir di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi, yang menyaksikan Kane membatalkan gol pembukaan Aurelien Tchouameni dari jarak 12 ela selepas pemain tengah Perancis itu mengasari Bukayo Saka di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, Olivier Giroud mengembalikan kedudukan pendahulu buat juara bertahan itu ketika permainan berbaki 12 minit, dan Kane gagal mengulangi tindakan sama selepas kekasaran yang dilakukan Theo Hernandez ketika enam minit lagi menuju masa kecederaan.
Kegagalan itu menyaksikan Kane mensia-siakan peluang untuk mengatasi Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman England menerusi jaringan antarabangsa ke-54, manakala The Three Lions terkandas dalam suku akhir Piala Dunia buat ketujuh -– satu rekod kejohanan.
Bercakap kepada BBC Sport selepas kekalahan itu, ketua pasukan England tersebut mengakui kesilapannya sambil memuji rakan sepasukannya kerana mampu bersaing dengan juara dunia berkenaan.
"Ia sukar buat saya baik secara peribadi dan juga pasukan," katanya.

7 - This is the seventh time England have been eliminated from the quarter-final stages of the World Cup, more than any other side in the history of the competition. Heartbreak. pic.twitter.com/T8na9NtD6T

— OptaJoe (@OptaJoe) December 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya cukup berbangga dengan rakan sepasukan. Kami mempunyai detik yang lebih baik, peluang yang lebih baik tetapi bola sepak dijurangkan kepada butiran kecil.
"Sebagai kapten dan pemain yang gagal dalam sepakan penalti, saya perlu bertanggungjawab. Saya tidak boleh menyalahkan persiapan saya mahupun butiran sebelum perlawanan.
"Saya berasa yakin untuk mengambilnya, saya hanya tidak dapat melaksanakannya seperti yang saya hajati. Ia akan menjadi sesuatu yang saya perlu hadapi dan pikul.
"Pasukan berada di kedudukan yang sangat baik dan pasti akan menampilkan tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
"Kami kecewa memandangkan kempen kami telah berakhir kerana kami mempunyai keyakinan penuh bahawa kami berkeupayaan. Kami patut berbangga dengan apa yang telah kami capai."
#England #Harry Kane #Piala Dunia Qatar