Piala Dunia Qatar: Gareth Bale selamatkan maruah The Dragons
Ammar Hakim
November 21, 2022 07:33 MYT
November 21, 2022 07:33 MYT
Wales perlu berterima kasih kepada Gareth Bale sekali lagi selepas kapten mereka berjaya mendapatkan sepakan penalti bagi memastikan perlawanan berakhir 1-1 dengan Amerika Syarikat dalam aksi Piala Dunia, awal pagi tadi.
The USA mendominasi separuh masa pertama dalam pertembungan di Stadium Ahmad bin Ali, namun Bale -- penjaring gol terbanyak Wales -- memastikan perlawanan pertama The Dragons dalam saingan Piala Dunia sejak 1958 tidak berakhir dengan kekalahan.
Timothy Weah memberikan kelebihan buat AS dalam separuh masa pertama, menjaringkan gol dalam Piala Dunia apabila bapanya, George -- pemenang Ballon d'Or 1995 -- tidak berjaya untuk beraksi di pentas tertinggi itu.
Namun Bale, hampir keseluruhan perlawanan tidak menghadirkan impak, memaksa Walker Zimmerman melakukan terjahan sebelum menyempurnakan sepakan penalti bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam saingan Kumpulan B.
GÔL | ?? 1-1 ??????? BAAAAAAALLLLLLLLLEEEEEEEEEEEEE!!!!! CWPAN Y BYD!!!!!!! CYMRU!!!!!! #ArBenYByd | #FIFAWorldCup | #TogetherStronger pic.twitter.com/T7uS7S3QGt
— Wales ??????? (@Cymru) November 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.