Piala Dunia Qatar: Duke hembus nafas baru buat The Socceroos

Ammar Hakim
November 26, 2022 12:49 MYT
Tandukan di separuh masa pertama daripada Mitch Duke memadai untuk membenarkan Australia mengatasi Tunisia sekaligus menghidupkan peluang Australia mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia Qatar dalam kemenangan 1-0 sebentar tadi.
Duke menyambar hantaran silang Craig Goodwin pada minit ke-23 dengan Socceroos berdepan asakan pasukan lawan di penghujung permainan untuk memastikan kemenangan dan bakal menghadapi aksi wajib menang bertemu Denmark selepas ini.
Tunisia memiliki satu mata dan perlu mengatasi juara bertahan Perancis Rabu depan dan berharap untuk ke peringkat berikutnya.
#Australia #Tunisia #Piala Dunia Qatar #Mitch Duke