Piala Dunia Kelab FIFA: Manchester City jumpa Juventus, Ulsan HD uji Borussia Dortmund

Saufi Tahir
December 6, 2024 09:25 MYT
Manchester City bakal melancarkan misi mempertahankan kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA selepas diundi menentang Wydad AC, Al-Ain dan Juventus dalam saingan peringkat Kumpulan G.
Skuad kendalian Pep Guardiola merupakan juara bertahan selepas menjulang menjulang kejuaraan itu pada musim lalu selepas melakar kemenangan 4-0 mengatai kelab gergasi Brazil, Fluminense, dalam pentas final musim lalu.
Untuk rekod, sebanyak 32 pasukan akan menyertai saingan itu pada musim 2025 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat bermula 15 Jun hingga 13 Julai tahun depan.
Dalam pada itu, Real Madrid diundi bersama Red Bull Salzburg, Pachura dan juara Liga Pro Saudi, Al-Hilal dalam cabaran Kumpulan H, bermakna Kylian Mbappe dan Neymar bakal membuat perhitungan nanti.
Turut mencuri tumpuan adalah skuad kendalian Kim Pan-gon, Ulsan HD diundi dalam Kumpulan F bersama naib jaura edisi lalu, Fluminense, Borussia Dortmund dan Mamelodi Sundowns.

The #FIFACWC group stage draw. ✔️#TakeItToTheWorld pic.twitter.com/4GOctX7MgI

— FIFA Club World Cup (@FIFACWC) December 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Group A: Palmeiras, Porto, Al-Ahly, Inter Miami.
Group B: Paris Saint-Germain, Atletico Madrid, Botafogo, Seattle Sounders.
Group C: Bayern Munich, Benfica, Boca Juniors, Auckland City.
Group D: Flamengo, Chelsea, Club Leon, Esperance Sportive de Tunis.
Group E: River Plate, Inter, Monterrey, Urawa Red Diamonds.
Group F: Fluminense, Borussia Dortmund, Ulsan HD, Mamelodi Sundowns.
Group G: Man City, Juventus, Wydad AC, Al-Ain.
Group H: Real Madrid, Red Bull Salzburg, Al-Hilal, Pachuca.
#Manchester City #Borussia Dortmund #Juventus #sepak #'bola #Piala Dunia Kelab FIFA #Ulsan HD
;