Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun

Saufi Tahir
October 13, 2024 07:22 MYT
Bekas pemain Argentina, Mario Kempes, menjangkakan Lionel Messi mampu dari aspek fizikal untuk beraksi serta mengetuai cabaran Argentina di Kejohanan Piala Dunia 2026 nanti.
Walaupun keraguan masih kekal sama ada penyerang Inter Miami itu akan menyertai kejohanan yang akan dianjurkan di Amerika Syarikat-Mexico-Kanada itu dimana dia berharap Messi mampu membantu pasukan walaupun usianya telah melonjak 39 tahun ketika itu.
Malah, Kempes percaya kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

The only two-time adidas Golden Ball winner. FIFA spotlights Lionel Messi's #FIFAWorldCup record. ?⤵️

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) August 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berasakan Messi akan berada dalam keadaan baik dan segar kerana saingan MLS tidak begitu mencabar," katanya kepada Stats Perform di Itali.
"Saya fikir dia akan beraksi tetapi kita perlu menunggu untuk aksi kelayakan nanti bagi melihat bagaimana perasaannya kerana dia adalah orang yang akan memutuskan sendiri sama ada dia berada dalam keadaan baik untuk menyumbangkan segala yang dia tahu.
"Anda tidak tahu apa yang akan berlaku kerana perjalanan masih panjang." ujarnya Kempes lagi yang telah membuat 43 penampilan buat Argentina.

? Only one player has recorded an assist at five editions of the #FIFAWorldCup... That player is Lionel Messi. ??

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, pemenang Ballon d'Or lapan kali itu mengalami kecederaan buku lali pada final Copa Amerika 2024 dan sejak itu dia masih kembali beraksi dalam saingan antarabangsa bagi memperkuatkan Argentina.
#bola sepak #Lionel Messi #Argentina #kelayakan Piala Dunia #Mario Kempes
;