Piala Davis: Dan Evans, Jack Draper pacu kemenangan pertama Great Britain atasi Australia

Muzaffar Musa
September 14, 2023 09:55 MYT
Dan Evans mempamerkan aksi terbaiknya sambil Jack draper turut meraih kemenangan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Great Britain memulakan kempen Piala Davis dengan kemenangan ke atas Australia di Manchester awal pagi tadi.
Kejayaan Draper mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu menyaksikan dia mendapat panggilan kebangsaan kedua sepanjang kariernya tetapi kali ini, dia dipilih untuk melakukan penampilan pertamanya, di mana ketua pasukan, Leon Smith, memilih untuk menurunkannya berbanding pemain di ranking terbaik, Cameron Norrie, dan bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray.
Pemain berusia 21 tahun itu membalas kepercayaan kaptennya dengan mempamerkan aksi kukuh di depan 9,000 penyokong di AO Arena, di mana dia mematahkan servis Kokkinakis dan bangkit daripada ketinggalan 2-4 untuk memenangi 'tie-break' sekali gus menamatkan saingan dengan kemenangan 6-7, 6-3, 7-6 selepas bertarung selama dua jam dan 52 minit.

WOW. What has @jackdraper0 done here ?#BackTheBrits ?? | #DavisCup pic.twitter.com/bIYVvNoOnN

— LTA (@the_LTA) September 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Evans kemudian mengambil giliran bagi menghadapi pemain nombor 12 dunia, Alex De Minaur, yang merupakan pemain di ranking tertinggi dalam saingan Kumpulan B.
De Minaur melalui musim panas terbaiknya tetapi Evans masih pemain yang lebih menyerlah untuk melebarkan kemenangan dalam rekod pertemuan mereka kepada 3-0 hasil keputusan 6-1, 2-6, 6-4.

Dan Evans is on fire ?#DavisCup pic.twitter.com/zzH3oOMxvq

— Tennis TV (@TennisTV) September 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Piala Davis
;