Piala Cabaran: Kemenangan besar buat semua penyokong -- Jurulatih Selangor

Najmi Iman
December 13, 2024 08:46 MYT
Ketua Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas berjaya menumpaskan Kelantan Darul Naim 5-1 dalam kempen Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Jaringan Ronnie Fernandez, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Quentin Cheng memberi kelebihan buat Gergasi Merah mengharungi perlawanan timbal balik kedua, selepas ini.
Menurut pengendali dari Jepun itu, dia menganggap kemenangan tersebut sebagai hadiah buat peminat yang datang menyaksikan aksi suku akhir pertama itu.

? Antara aksi-aksi separuh masa kedua perlawanan #KDNSFC di Stadium MBPJ sebentar tadi. #SFC #MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan#MFLChallengeCup2024-25 pic.twitter.com/LXYaPICoV0

— Selangor FC (@selangorfc) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya memberitahu para pemain untuk mendapatkan kemenangan buat semua penyokong.
"Meskipun kami hanya mempunyai dua hari sahaja untuk berehat selepas pertemuan menentang Negeri Sembilan di Paroi, Isnin lalu.
"Tetapi semua pemain tetap berkorban demi peminat yang hadir," katanya selepas permainan semalam.
#bola sepak #Selangor #Piala Cabaran #Katsuhito Kinoshi
;