Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia di Stadium Kebangsaan Khalifa malam ini.

Kemenangan 3-1 ke atas Kuwait dalam perlawanan pertama membenarkan Vietnam peluang untuk mara ke pusingan berikutnya kejohanan tersebut jika memastikan tiga lagi mata berdepan Malaysia dalam aksi Kumpulan D sementara Uzbekistan turut menang ke atas Kuwait.

Ketua jurulatih, Hoang Anh Tuan, berkata pasukannya disuntik semangat oleh permulaan positif mereka dan finalis 2018 itu berhasrat untuk memastikan kelayakan ke suku akhir diperoleh seawal mungkin, namun perlu berbuat demikian tanpa khidmat pemain pertahanan, Nguyen Ngoc Thang, yang digantung selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Kuwait.

"Saya hanya mempunyai 10 hari bersama pasukan, dan tidak boleh membuat terlalu banyak perubahan," kata Hoang.

"Tetapi saya harap selepas setiap perlawanan, anda akan melihat bagaimana mereka bertambah baik."

“Menjelang kejohanan ini, kami membuat persiapan untuk ketiga-tiga perlawanan, bukan sahaja perlawanan pertama, tetapi saya tidak boleh berkongsi butirannya. Kami sentiasa bersedia.

“Perlawanan seterusnya sangat penting, kerana jika kami mendapat keputusan yang baik kami boleh layak ke pusingan seterusnya.”

A post shared by #AsianCup2023 (@afcasiancup)