Piala Asia B-23: Tajikistan buat Thailand kempunan

Shaiful Shamsudin
April 23, 2024 03:44 MYT
THAILAND 0 TAJIKISTAN 1
Thailand terlepas peluang untuk ke pusingan suku akhir Piala Asia B-23 selepas tersungkur 0-1 kepada Tajikistan, malam tadi.
Skuad Gajah Perang yang berada di tangga kedua Kumpulan C dengan semangat membara berbekalkan motivasi bahawa kemenangan akan memacu kemaraan mereka, namun impian mereka akhirnya berkecai pada masa kecederaan menerusi jaringan Manuchekhr Safarov, sekali gus menutup peluang mereka dalam mengintai kelayakan Sukan Olimpik Paris kelak.
Selepas membuka kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Iraq dan kekalahan besar 0-5 kepada Arab Saudi, jurulatih Thailand, Issara Sritaro, enggan mengambil risiko besar dalam percaturannya yang akhirnya memakan diri dihukum jaringan lewat permainan.
#Thailand #Piala Asia B-23 #Tajikistan