Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena di Qatar, Fadhirul Shuhaimi, sesi latihan skuad B-23 negara hari ini dibatalkan berikutan jurulatih dan barisan pengurusan ingin memberikan tempoh bertenang kepada semua pemain.

Dalam pada itu, skuad kendalian Juan Torres Garrido, difahamkan hanya menjalani sesi pemulihan di hotel penginapan pasukan sahaja.

Selepas kekalahan berdepan Vietnam semalam justeru sekaligus menyaksikan skuad Harimau Muda sekadar melengkapkan jadual perlawanan sahaja semestinya barisan pemain sedang berada pada titik terendah dari aspek emosi.



Skuad negara bakal berdepan Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, pada Selasa nanti.