Piala Asia B-23: Semangat Indonesia raih pujian Shin Tae-yong
Ammar Hakim
April 20, 2024 08:43 MYT
April 20, 2024 08:43 MYT
Shin Tae-yong memuji keazaman barisan pemain yang membuat penampilan pertama dalam Piala Asia B-23, Indonesia, yang kembali meletakkan mereka dalam kedudukan untuk melangkah ke pusingan kalah mati dengan kemenangan 1-0 ke atas Australia di Stadium Abdullah bin Khalifa.
Komang Teguh menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-45 selepas penjaga gol, Ernando Ari Sutaryadi, menafikan sepakan penalti Mohamed Toure pada minit ke-20 sekaligus melengkapkan kebangkitan Indonesia susulan tewas dalam aksi pertama Kumpulan A ke atas Qatar.
“Kami menjangkan perlawanan sukar dan ia benar-benar menguji kami,” kata Shin. “Saya memberitahu kepada pemain sebelum perlawanan supaya tidak berputus asa, bagi meningkatkan tahap keyakinan mereka.
“Kami memiliki kekuatan mentaliti yang tinggi dan pemain telah melakukan yang terbaik. Kini tiba masa untuk terus berkembang dan menggunakan kemenangan ke atas Australia untuk aksi berikutnya.”
Indonesia bakal kembali beraksi esok bertemu Jordan sekaligus menjadi aksi penting dalam usaha untuk layak ke peringkat kalah mati.