Harimau Muda menurunkan barisan kesebelasan utama menjelang aksi pertembungan menentang Uzbekistan yang akan berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, 9 malam ini.

Luqman Hakim Shamsudin akan menjadi sandaran utama negara untuk merobek gawang Uzbekistan dibantu oleh pemain seperti Fergus Tierney dan Muhammad Aliff Izwan Yuslan.

Seperti yang sudah di jangka, penolong ketua pasukan Harimau Muda, Harith Haiqal Adam Afkar akan bergandingan dengan pertahanan dari Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili bagi memainkan peranan selaku benteng terakhir pasukan negara.

Saksikan perlawanan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (803) bermula dengan rancangan pra-perlawanan bermula pada jam 8.30 malam.