Piala ASEAN: Dua aksi terakhir jadi cabaran Harimau Malaya di peringkat kumpulan

Najmi Iman
October 16, 2024 18:30 MYT
Dua perlawanan terakhir Kumpulan A dilihat sebagai penentu langkah seterusnya buat Harimau Malaya dalam kempen sulung Piala ASEAN 2024, Disember ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkongsi jadual perlawanan berikutan pengesahan Timor-Leste melalui pusingan kelayakan.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente bakal memulakan kempen dengan Kemboja sebagai lawan pertama disusuli Timor-Leste pada aksi kedua.
Thailand dan Singapura menjadi halangan terakhir skuad negara demi memastikan kemaraan ke pusingan kalah mati berjaya diperoleh.
Di samping itu, perseteruan Kumpulan B menyaksikan negara jiran, Indonesia, bakal membuat perhitungan bersama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Laos dalam kejohanan tertinggi di Asia Tenggara itu.
#bola sepak #Harimau Malaya #AFF #Piala ASEAN #Piala Mitsubishi Electric
;