Piala AMEC: Pertama kali dipanggil, Harith Samsuri kempunan sarung jersi kebangsaan?

Najmi Iman
November 30, 2024 15:49 MYT
Harith Samsuri berkemungkinan terlepas menyarung jersi kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024, Disember depan.
Menurut wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, pertahanan utama Negeri Sembilan itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali selepas perlawanan menentang PDRM dalam saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Pertahanan NSFC, Harith Samsuri cedera di bahagian ankle selepas game menentang PDRM malam tadi. Dia juga antara yang dipanggil ke skuad kebangsaan bagi saingan Piala AMEC bulan depan. Adakah Harith bakal terlepas panggilan sulungnya bersama Harimau Malaya?@ASTROARENA pic.twitter.com/AxIJqRV3p6

— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain yang akan mewakili skuad kendalian Pau Marti Vicente yang dipengaruhi 12 kelab tatkala memberi kerjasama untuk membawa cabaran negara.
Pemain berusia 24 tahun itu mendapat panggilan sulungya bersama skuad senior selain menjadi individu pertama dari Negeri Sembilan yang menembusi skuad kebangsaan sejak 2022.
Persoalannya, adakah Harith Samsuri mampu pulih demi menyertai kem Harimau Malaya atau kempunan saat akhir?

Tahniah Harith! Harith Samsuri telah dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya ke Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan berlangsung bermula 8 Disember ini. Buat Harimau Malaya, semoga berjaya dalam kejohanan ini ??#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/afU0otQdQG

— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Negeri Sembilan #Harimau Malaya #Piala AMEC #Harith Samsuri #Piala Mitsubishi Electric 2024
;