Harith Samsuri berkemungkinan terlepas menyarung jersi kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024, Disember depan.

Menurut wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, pertahanan utama Negeri Sembilan itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali selepas perlawanan menentang PDRM dalam saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain yang akan mewakili skuad kendalian Pau Marti Vicente yang dipengaruhi 12 kelab tatkala memberi kerjasama untuk membawa cabaran negara.

Pemain berusia 24 tahun itu mendapat panggilan sulungya bersama skuad senior selain menjadi individu pertama dari Negeri Sembilan yang menembusi skuad kebangsaan sejak 2022.

Persoalannya, adakah Harith Samsuri mampu pulih demi menyertai kem Harimau Malaya atau kempunan saat akhir?