Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Saufi Tahir
December 25, 2024 13:28 MYT
December 25, 2024 13:28 MYT
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi watak penting dalam memacu Singapura mara ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 selepas muncul naib juara saingan peringkat Kumpulan A.
Singapura berjaya mengikat skuad negara untuk mencuri satu mata berharga daripada Stadium Nasional Bukit Jalil sekali gus menyaksikan anak buah Pau Marti Vicente terkilan untuk melepasi peringkat kumpulan.
Same opponents. Different year. Our Captain's rallying cry that inspired us to the semi-finals! ?? pic.twitter.com/G92jSem1kD
— FAS (@FASingapore) December 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, pemain berusia 34 tahun itu menyertai JDT sejak 2014 dan telah merangkul sembilan trofi liga domestik dan Piala AFC 2015.
Dia telah melakukan 197 penampilan dan telah menjaringkan 12 gol serta lima bantuan jaringan sepanjang bersama Harimau Selatan.
⚽ Back at it and putting in the work for what's ahead! 3️⃣ days to go before our Lions take on Vietnam in the ASEAN Mitsubishi Electric Cup ? Semi-Final 1st Leg! Kick-off is on Thursday, 9PM! pic.twitter.com/cZSswGHtAG
— FAS (@FASingapore) December 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Singapura akan berdepan cabaran Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala AMEC 2024 esok di Stadium Jalan Besar.
Saksikan perlawanan ini secara langsung di Arena Bola 3 saluran 803HD esok dan maklumat lanjut di Stadium Astro.